Tinggalkan Jejak

Malware



Malware adalah sejenis virus komputer yang sangat kejam. Ia direka untuk memasuki ke dalam sistem komputer untuk mengancam keselamatan komputer dan menyebabkan kerosakan pada sistem komputer itu tanpa disedari oleh pengguna kompter berkenaan.

Nama Malware tercipta antara gabungan Malicius dan Software. Malicius membawa maksud niat jahat dan Software membawa maksud perisan komputer. Ia dicipta oleh golongan tertentu yang mempunyai kepakaran dalam bidang "Computer Language" bertujuan untuk mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing. Ia telah direka oleh Robert Morris seorang pelajar Cornell University pada tahun 1998. Pada asalnya ianya hanya untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz internet. Tetapi kesilapan telah berlaku menyebabkan cecacing tersebut telah berjaya menyalin semula dan telah tersebar ke beribu-ribu komputer diseluruh dunia.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai 'rootkits' menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita. Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem 'boot' menjalankan operasinya.

Share

No comments: