Partition
hard disk??
Membuat
partition hard disk (hard disk partitioning) adalah untuk membahagikan ruang
simpanan data yang terdapat dalam 1 hard disk kepada beberapa bahagian. Contoh,
apabila kita beli 1 hard disk berkapasiti 500 Giga Byte, kita mungkin hendak
membahagikan hard disk tersebut kepada 2 bahagian atau lebih.Saiz kapasiti
partition, boleh di tentukan mengikut keinginan anda.
Bagaimana
membuat partition hard disk?
Pada kali ini sy ingin berkongsi cara menggunakan tools dalam Windows 7. (Dalam Windows XP pun lebih kurang
sama). Ada
2 cara hendak membuat partition menggunakan Windows 7. Pertama, semasa hendak install Windows 7 dan kedua, gunakan disk management dalam Windows 7.
1. Membuat partition semasa install Windows 7.
Semasa proses install Windows 7 kita akan diberi
pilihan di drive mana kita nak install Windows 7, seperti gambar di bawah:
Dari gambar di atas: ada satu hard disk (disk 0) yang tidak mempunyai sebarang
partiton (hard disk baru beli) saya akan buat 2 partition dari disk 0 ni (tidak
termasuk partition reserve).
a . Klik pada Disk 0 >> New
b . saya
akan membuat partition pertama lebih kurang 8.5 GB. Jadi perlu menaip 8500
dan klik Apply.Bila membuat partition yang pertama, Windows setup
akan membuat satu reserve partition sebesar 100MB secara
automatik. Tekan OK.
c
.Tekan mouse pada Disk 0 Unallocated Space, dan klik New.Masukkan saiz
partition 3 yang kita hendak buat. Kat sini saya masukkan saiz maksimum yang ada.
Tekan Apply.
d. Langkah
terakhir, klik mouse pada Partition 3 dan tekan Format.Lepas itu, untuk
meneruskan Windows installation, pilih partition mana yang kita nak
install Windows 7 dan tekan butang Next.
e. Bila sudah siap setup Windows 7 kita akan dapat lihat Partition 3 iaitu Drive D dalam
Windows Explorer.
2. Membuat partition menggunakan Disk Management.
a. Klik Start, taip partition dekat ruang Search programs dan files.Akan keluar Create and format hard disk partitions, tekan enter.
b. Right klik pada partition C >>Shrink Volume.Dekat sini, saya hendak kecilkan partition C supaya dapat membuat partition E. Masukkan angka dekat ruang Enter the amount to shrink in MB.
c. Klik Shrink,Dalam beberapa saat (bergantung kepada saiz), partition C akan dikecilkan kepada dan ada ruang baru akan muncul.
d. Right klik dan klik New Simple Volume
e. Akan keluar Volume Wizard.Klik Next
f. Masukkan saiz partition baru.Klik next.
g. Tetapkan huruf drive yang baru.
h. Format partition, dalam gambar atas ni, semuanya default valueTekan Next
i. Tekan
Finish.Tunggu beberapa saat (bergantung kepada saiz partition.).Dah pun siap partition baru iaitu Drive E.
No comments:
Post a Comment