Tinggalkan Jejak

Jenis-jenis RAM


Mengenal RAM
RAM (Random Access Memory) ialah salah satu ingatan utama bagi komputer.Ditemukan oleh Robert Dennard dan diproduksi secara besar - besaran oleh Intel pada tahun 1968.Lokasi RAM adalah berdekatan dengan processor. Ini penting supaya data diantara RAM dan processor dapat dihantar dengan pantas.

RAM berfungsi untuk memegang arahan dan data yang akan diproses oleh processor. RAM bersifat volatile, iaitu bermaksud data yang disimpan oleh RAM akan hilang apabila komputer dimatikan.

Sebagai contoh kegunaan RAM, pada waktu anda buka blog ini, RAM komputer anda sedang diisi dengan data yang memaparkan blog ini. Namun, ianya akan hilang dari RAM sekiranya komputer dimatikan (Sebab itu kita memerlukan storage bagi tujuan penyimpanan data).


Jenis-Jenis RAM


DDR RAM (Double Data Rate RAM)
Ø  184 pin
Ø  1 notch
Ø  Kelajuan: 266MHz (PC2100), 333MHz (PC2700), 400MHz (PC3200)
Ø  Kapasiti Maksimum: 1GB (ada chip pada lapisan depan dan belakang RAM)

DDR II
Ø  240 pin
Ø  1 notch (tetapi berbeza dengan DDR, lubang notch ke kiri sedikit)
Ø  Kelajuan: 533MHz (PC4200), 667MHz (PC5300), 800MHz (PC6400)
Ø  Kapasiti Maksimum: 2GB

DDR III
Ø  240 pin
Ø  1 notch (tetapi berbeza dengan DDR dan DDR2, lubang notch lebih ke kiri lagi)
Ø  Kelajuan: 1333MHz (PC10666), …
Ø  Kapasiti Maksimum: 4GB


Share

No comments: